Thursday 16 May 2013

New Chasis for Hafizh



Hafizh Syahrin Abdullah telah menguji jentera baru sebagai persiapan berlumba di atas tiket wildcard Moto2 Kejuaraan Grand Prix Dunia di Litar Le Mans, Perancis, hujung minggu ini.

Ini adalah wildcard luar negara pertama bagi Hafizh dan bakal menggunakan jentera Kalex dengan casis 2013, model lebih berkuasa berbanding jentera 2012 yang digunakan dalam saingan Kejuaraan Sepanyol sebelum ini.

Pengurus pasukan PETRONAS Raceline Malaysia Barry Leong berkata, pasukan sudah menjalankan ujian dua hari di Litar Le Mans dan yakin Hafizh dapat menyesuaikan diri dengan litar sepanjang 4.180km itu.

Selain itu, Hafizh juga perlu mendapatkan pelarasan terbaik di samping membiasakan diri dengan sistem klac baru yang diguna pakai mengikut peraturan Kejuaraan Dunia itu.

Sepanjang sesi ujian Hafizh terpaksa mengubah corak tunggangan mengikut kesesuaian tayar Dunlop yang berbeza dengan tayar Michelin di Kejuaraan CEV.

“Kami berjaya memperolehi masa yang baik dan mengumpul data secukupnya untuk digunakan sesi latihan esok

“Memandangkan pelumbaan Moto2 semakin maju, objektif kami adalah melihat Hafizh memberikan saingan dalam kelompok 15 pelumba terbaik di hadapan,” katanya.

Sementara itu, Hafizh berkata, casis baru itu lebih keras berbanding jentera lama dan perlu mengubah gaya tunggangan supaya dapat beraksi lebih agresif di selekoh.

“Malangnya cuaca sepanjang dua hari tidak begitu baik kerana berhabuk dan licin. Namun saya berupaya melakukan 71 pusingan dan mengurangkan catatan masa mengikut ketetapan pasukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment