Monday 13 May 2013

Hector Barbera berdepan penjara

Pelumba dari pasukan CRT Avintia Blusens MotoGP yang berasal dari Sepanyol #8 Hector Barbera, akan dikenakan tindakan undang2 Mahkamah di Sepanyol. Barbera jika didapati bersalah akan dihukum lebih kurang enam bulan penjara atau pun akan dikenakan denda.

Di media Sepanyol ada yang mengatakan, Hector Barbera telah dituduh melakukan penganiayaan terhadap seorang wanita, wanita yang dimaksudkan itu adalah teman wanitanya sendiri. Peristiwa itu terjadi di Sepanyol semasa Barbera menyertai perlumbaan MotoGP di pusingan yang ke-3 di litar Jerez.

Perlumbaan MotoGP Le Mans hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, dan nasib apa yang bakal hukuman diterima oleh Barbera masih belum tidak diketahui lagi. Pihak pasukan buat masa sekarang belum ada kepastian sama ada pelumba dari Sepanyol ini akan berlumba di Le Mans ataupun tidak.??? #mmm

No comments:

Post a Comment