Thursday, 23 May 2013

Pol Espargaro ke Yamaha?

Yamaha berminat dengan Pol Espargaro? 

Cal Crutchlow mendedahkan kepada media tentang ramalannya bahawa Yamaha berminat untuk mengikat kontrak Espargaro untuk musim 2014 di MotoGP. 

Yamaha sebelum ini melihat dan menilai prestasi Espargaro sebagai pencabar utama Marquez musim lalu dan musim ini ditargetkan sebagai calon Juara Dunia ketegori Moto2.

Tetapi lain halnya dengan Espargaro. Dia mengatakan,

"Semua orang suka berbicara mengenai masa depan. Tetapi ini bukan waktu yang sesuai. Sekarang keutamaan saya ialah menjadi Juara Dunia (Moto2). Tidak ada ruang dalam fikiran saya mengenai hal itu(Pindah ke MotoGP). Kami akan memutuskan perkara ini bila pertengahan musim atau akhir musim nanti." - Pol Espargaro



No comments:

Post a Comment